RAJA KRITIK DUNIA
Thursday, March 27, 2014
Geng Orang CEO Agama aka Geng Perasan Baik Menjerit
Siapakah Kassim Ahmad yang ditahan Jawi baru-baru ini? Pihak Jakim mengatakan Kassim Ahmad merupakan seorang anti hadis dan penahanannya merupakan sesuatu yang wajar. Persoalannya adakah benar Kassim Ahmad seorang anti hadis ataupun orang tua ini merupakan seorang penilai hadis dan menegur pendewaan ke atas imam hadis oleh orang muslim?
Kita boleh lihat beberapa hadis ganjil seperti yang tercatat dalam sahih Bukhari contohnya pertentangan jumlah isteri Nabi Sulaiman,berapakah jumlah yang sebenarnya 60? 70? 100? semua hadis ini bertaraf sahih tetapi adakah kita akan mengatakan semua jumlah itu benar?
Dalam sahih Muslim pula wujud hadis tentang Nabi Musa menempeleng malaikat maut kerana menolak ajal sedangkan di dalam Quran jelas mengatakan tak ada sesiapapun yang boleh menolak ajal.
Ramai yang tidak mengetahui terutama orang awam bahawa hadis dikumpulkan 250 tahun selepas kewafatan Nabi dan cara pembukuannya tidaklah sama seperti Quran.
Quran ketika dibukukan ketika mukmin generasi pertama masih hidup bermakna hadirnya saksi mata.
Berdasarkan penemuan arkeologi Quran telah direkodkan sewaktu generasi pertama Islam buktinya anda boleh lihat di ukiran Quran Dome of Rock atau Kubah Batu di palestin dan manuskrip Quran San'a Yaman bertarikh 50 H.
Kita langsung tak menjumpai apa-apa tinggalan arkeologi hadis zaman pertama Islam ini bermakna hadis merupakan tradisi lisan yang tersebar 250 tahun selepas kewafatan Rasul dan memang sudah lumrah isi cerita akan berubah jika disampaikan melalui mulut ke mulut.
Ulama atau boleh kita katakan ulama pendeta sering memberi alasan bahawa zaman generasi pertama Islam pengumpulan hadis belum menjadi keperluan sedangkan dalam hadis sunni dan syiah semdiri ada merekodkan tentang beredarnya hadis palsu zaman Khalifah Uthman dan Ali. Mereka amat berhati-hati dalam pembukuan Quran tetapi kenapa tiada usaha langsung memelihara hadis?
Dan alasan ulama pendeta juga mengatakan pada zaman pertama para sahabat takut Quran akan tercampur dengan Hadis, Adakah mereka berpendapat para sahabat lebih bodoh berbanding imam-imam yang lahir 250 tahun selepas kewafatan Nabi? Adakah sukar memberi tajuk dan menulis di kitab berasingan dan zaman itu telah beredar kitab Quran ke seluruh jajahan.
Soalan maut mereka tentang hadis, "bagaimana hendak solat jika hadis tak ada?" Jawapan saya : saya cabar anda memberikan kesemua 6 kitab sahih hadis kepada seorang mualaf dan suruh dia mempelajari solat melalui hadis-hadis yang tebal itu.
Cabaran yang kedua. Berikan sebuah hadis lengkap yang mengajar solat dari wuduk sehingga salam ikut tertib dan turutan. Sehingga sekarang cabaran ini tak bersahut.
Kita lihat pula definisi taatlah kepada Allah Rasul dan Ulil amri . Kita sudah mengetahui rasul diperintahkan menyampaikan wahyu yang diturunkan iaitu kitab Quran dan dengan menggunakan kitab Quran itu jugalah ia dapat menerangkan ajaran kepada manusia. Perumpamaan taat dapatlah kita simpulkan seperti Jabatan pendidikan berpesan kepada guru agar mengajar berdasarkan sukatan pelajaran yang diberi dan Jabatan Pelajaran juga berpesan agar murid-murid taat kepada guru yang menyampaikan sukatan pelajaran itu. Ini bukanlah bermaksud guru itu boleh mengadakan sukatan lain atau hadis lain yang tidak terkandung dalam sukatan.
Apapun Imam hadis adalah manusia biasa dan sudah tentu hasil kerja mereka juga adalah kitab biasa yang boleh dijadikan rujukan sejarah.Hanya Quran sebagai kitab perundangan. Quran adalah Furqan kitab yang mengesahkan segala sesuatu jika tiada dalam Quran maka tertolaklah kesahihannya. Menilai semula hadis bukanlah anti hadis dan ulama berasal dari perkataan ilmu merupakan ilmuan seperti pakar falsafah dan sejarah dan ilmu Quran. DAN ulama itu bukanlah pakar mengajar istinjak, cuci muka, cara tonggang tonggek berapa degree dan sebagainya
Saturday, March 22, 2014
Orang Agama-Antara Penyebab Utama Masalah Sosial
Satu Pembelaan Untuk Remaja Yang Maut Di Konsert
Mungkin ramai yang berpendapat bahawa kembali kepada agama merupakan satu-satunya cara untuk memulihkan masalah sosial yang melanda di kebanyakan negara membangun. Kembali kepada agama bermakna kita harus berada di bawah kasta agama..mari kita lihat ciri-ciri orang-orang agama.1.Hanya menerima mereka yang menurut perintah
2.Anti personaliti aktif
3.Mereka yang berpakaian badut agama dipandang tinggi
4.Anti teori kepelbagaian personaliti.
Kita boleh lihat masyarakat agama ini sering memencilkan mereka yang mempunyai perwatakan berbeza dan oleh kerana perangai nerd dan ganjil mereka komuniti yang terasing akan mencari sesuatu bagi mengisi kekosongan hidup mereka dan secara automatik orang agama yang memang kebanyakan bukan berasal dari aliran sains atau lebih dikenali sebagai kaum bebal ini melahirkan masyarakat memberontak dan jauh dari kitab Tuhan disebabkan golongan perasan baik ini telah menguasai kitab Tuhan dari awal lagi dan menjadikannya sebagai authority mereka.
Kita lihat case nombor 1, Si A dilahirkan di tengah masyarakat yang kuat beragama, malangnya dia dikurniakan personaliti aktif dan nakal. Ketika ke sekolah agama dia sering berkawan dengan budak-budak jahat kerana adalah mustahil kumpulan pelajar perasan baik akan berkawan dengannya. Maka dari perangai aktif nakal dia bertransformasi kepada orang jahat. Si A agak malasmembaca kitab agama kerna secara automatik jiwanya memberontak dan menolak untuk menjadi sama dengan kumpulan pelajar perasan baik beserta ustaz mereka yang menyisihkannya...Dan hasilnya lahirlah seorang koboi jahat disebabkan masyarakat beragama...
Budaya kita menghormati orang yang pandai mengaji walupun perkataan Bismillah pun tak mengerti menyebabkan ramai pelajar aliran agama tercicir.Ada sebuah sekolah menengah aliran agama mengadakan pemilihan pelajar tingkatan dengan cara menguji hasil nyanyian mereka (mengaji). Pelajar yang pandai menyanyi diberi kelas istimewa (diulangi mereka tak faham sepatah haram pun apa yang mereka nyanyikan) dan pelajar yang tak pandai menyanyi diasisihkan di kelas biasa. Hasilnya akan lahir masalah disiplin di kalangan pelajar biasa ini.
Kes kedua dari agama yang lain dari si A tadi. Kita ambil kes Si B, amatlah rajin beribadat setiap Ahad dan dia bekerja sebagai pegawai tinggi kerajaan.Malangnya disebabkan kefanatikan agamanya yang diajar oleh pendeta yang semestinya bukan dari bidang sains Si B menzalimi orang yang bukan seagama dengannya dan mereka yang seagama tetapi tak pergi beribadat setiap Ahad diberi layanan kelas 2.
Target kehidupan orang beragama tidak lain hanya :
1.Menguasai bidang politik
2.Bayar RM 10 000 seumur hidup untuk melancong ke Arab Saudi
3.Sembahyang 5 kali sehari atau tiap jumaat dan setiap ahad
Dan mereka yang set target seperti di atas amatlah sedikit yang berpewatakan baik dan selalunya cuma perasan baik
Dan adalah amat sedikit orang agama set target seperti di bawah;
1)Mengurangkan hasad dengki amalan tradisi orang agama|
2)Mengumpulkan RM 10 000 bagi tujuan kebajikan (mana lebih baik melancong ke Arab atau membantu?)
3)Berbuat baik kepada semua agama dan kaum (Malangnya orang agama gagal dalam hal ini)
4)Berdoa di bawah panduan Tuhan (Dan orang agama berdoa di bawah orang agama peringkat tinggi mereka)
So kesimpulannya Kitab Tuhan bukan milik orang agama semata, ianya milik awam dan kembali kepada agama bermaksud kembali kepada Tuhan bukannya berkawan dengan orang agama serta memakai kostum agama yang ganjil.
Kekosongan golongan bermasalah perlu diisi dengan pengiktirafan, penerimaan serta iman berdasarkan kajian sendiri bukannya menghukum mereka berdasarkan doktrin orang agama yang sememangnya ganjil dan bodoh
Raja Kritik Dunia
23rd Mar 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)