Thursday, March 27, 2014

Geng Orang CEO Agama aka Geng Perasan Baik Menjerit


Siapakah Kassim Ahmad yang ditahan Jawi baru-baru ini? Pihak Jakim mengatakan Kassim Ahmad merupakan seorang anti hadis dan penahanannya merupakan sesuatu yang wajar. Persoalannya adakah benar Kassim Ahmad seorang anti hadis ataupun orang tua ini merupakan seorang penilai hadis dan menegur pendewaan ke atas imam hadis oleh orang muslim?
Kita boleh lihat beberapa hadis ganjil seperti yang tercatat dalam sahih Bukhari contohnya pertentangan jumlah isteri Nabi Sulaiman,berapakah jumlah yang sebenarnya 60? 70? 100? semua hadis ini bertaraf sahih tetapi adakah kita akan mengatakan semua jumlah itu benar?
Dalam sahih Muslim pula wujud hadis tentang Nabi Musa menempeleng malaikat maut kerana menolak ajal sedangkan di dalam Quran jelas mengatakan tak ada sesiapapun yang boleh menolak ajal.
Ramai yang tidak mengetahui terutama orang awam bahawa hadis dikumpulkan 250 tahun selepas kewafatan Nabi dan cara pembukuannya tidaklah sama seperti Quran.
Quran ketika dibukukan ketika mukmin generasi pertama masih hidup bermakna hadirnya saksi mata.
Berdasarkan penemuan arkeologi Quran telah direkodkan sewaktu generasi pertama Islam buktinya anda boleh lihat di ukiran Quran Dome of Rock atau Kubah Batu di palestin dan manuskrip Quran San'a Yaman bertarikh 50 H.
Kita langsung tak menjumpai apa-apa tinggalan arkeologi hadis zaman pertama Islam ini bermakna hadis merupakan tradisi lisan yang tersebar 250 tahun selepas kewafatan Rasul dan memang sudah lumrah isi cerita akan berubah jika disampaikan melalui mulut ke mulut.
Ulama atau boleh kita katakan ulama pendeta sering memberi alasan bahawa zaman generasi pertama Islam pengumpulan hadis belum menjadi keperluan sedangkan dalam hadis sunni dan syiah semdiri ada merekodkan tentang beredarnya hadis palsu zaman Khalifah Uthman dan Ali. Mereka amat berhati-hati dalam pembukuan Quran tetapi kenapa tiada usaha langsung memelihara hadis?
Dan alasan ulama pendeta juga mengatakan pada zaman pertama para sahabat takut Quran akan tercampur dengan Hadis, Adakah mereka berpendapat para sahabat lebih bodoh berbanding imam-imam yang lahir 250 tahun selepas kewafatan Nabi?  Adakah sukar memberi tajuk dan menulis di kitab berasingan dan zaman itu telah beredar kitab Quran ke seluruh jajahan.
Soalan maut mereka tentang hadis, "bagaimana hendak solat jika hadis tak ada?" Jawapan saya : saya cabar anda memberikan kesemua 6 kitab sahih hadis kepada seorang mualaf dan suruh dia mempelajari solat melalui hadis-hadis yang tebal itu.
Cabaran yang kedua. Berikan sebuah hadis lengkap yang mengajar solat dari wuduk sehingga salam ikut tertib dan turutan. Sehingga sekarang cabaran ini tak bersahut.
Kita lihat pula definisi taatlah kepada Allah Rasul dan Ulil amri . Kita sudah mengetahui rasul diperintahkan menyampaikan wahyu yang diturunkan iaitu kitab Quran dan dengan menggunakan kitab Quran itu jugalah ia dapat menerangkan ajaran kepada manusia. Perumpamaan taat dapatlah kita simpulkan seperti Jabatan pendidikan berpesan kepada guru agar mengajar berdasarkan sukatan pelajaran yang diberi dan Jabatan Pelajaran juga berpesan agar murid-murid taat kepada guru yang menyampaikan sukatan pelajaran itu. Ini bukanlah bermaksud guru itu boleh mengadakan sukatan lain atau hadis lain yang tidak terkandung dalam sukatan.
Apapun Imam hadis adalah manusia biasa dan sudah tentu hasil kerja mereka juga adalah kitab biasa yang boleh dijadikan rujukan sejarah.Hanya Quran sebagai kitab perundangan. Quran adalah Furqan kitab yang mengesahkan segala sesuatu jika tiada dalam Quran maka tertolaklah kesahihannya. Menilai semula hadis bukanlah anti hadis dan ulama berasal dari perkataan ilmu merupakan ilmuan seperti pakar falsafah dan sejarah dan ilmu Quran. DAN ulama itu bukanlah pakar mengajar istinjak, cuci muka, cara tonggang tonggek berapa degree dan sebagainya

No comments:

Post a Comment